Thursday, October 28, 2010

BERHATI-HATI BILA MEMBELI ARNAB.

Jangan kita terpedaya dengan harga murah  yg ditawarkan apabila membeli arnab. Mesti ada sebab mengapa arnab tersebut dijual dgn harga yg murah. Antaranya :-

1- Arnab yg telah dimandulkan
- Boleh dikatakan hampir 50% arnab dari siam telah dimandulkan bg mengelakkan kita melakukan pembiakan ditempat kita dgn alasan akan merosakan serta menjejaskan penjualan arnab mereka . INI YG KITA TIDAK MAHU.

2.- Anak Arnab Yg Dijual Belum Cerai Susu.
- Anak arnab yg belum Cerai Susu tp nyatakan sudah berumur 2 bln atau lebih. Anak arnab ini dijual bg mendapat pulangan modal dgn cpt. INI YG KITA TIDAK MAHU.

3- Bagi Mengurangkan Bilangan Arnab Dalam Sangkar.
- Pemilik terpaksa menjual arnab mereka bagi mengurangkan bilangan arnab yg bertambah serta mengurangkan kos makanan. INI YG KITA CARI.

4- Tidak Ada Masa Utk Menjaga.
- Tuan punya arnab tidak ada masa untuk menjaga arnab mereka atas sebab2 tertentu. INI YG KITA CARI

5- Persaingan Antara Penternak.
- Persaingan antara penternak arnab bg mempercepatkan hasil jualan mereka. Ini hanya berlaku pada penternak yg menternak arnab secara komersil seperti penternak arnab pedaging. INI YG KITA CARI


Perkara yg paling penting semasa hendak membeli arnab ialah pastikan sebab no 1 dan 2 dielakkan. Pastikan betul2 serta dapatkan maklumat dr penjual tentang status arnab tersebut. atau bertanya kabar dgn rakan2 senior berkaitan latar belakang penjual tersebut mendapatkan bekalan arnabnya. Perkara ini dapat mengelakkan diri kita dr tertipu dgn harga murah yg ditawarkan.


Logo   
SEANS PET GALLERY ] - mudah.my
- SALAH SATU PENJUAL ARNAB YG MENDAPATKAN BEKALAN ARNAB DARI SIAM.SERTA MENJUAL ANAK ARNAB YG BELUM CERAI SUSU. -ELAKKAN DR MEMBELI ARNAB DR BELIAU.

3 comments:

  1. Betul ke? Saya Lee dr Melaka. Sudah lebih 80 baby rabbits & 12 adults saya beli dr gallery Sean semenjak 3 bulan yang lepas, tetapi belum lg ada masalah. 4 dari adult females sudahpun lahirkan anak. Saya rasa encik yg tulis blog ini ada niat yg tidak bagus. Kenapa awak sesama bangsa Melayu mahu jatuhkan sendiri punya bangsa? Sama2 berniaga, cari makan. Kenapa u sgt marah dgn encik sean?

    ReplyDelete
  2. Saya bukan nak sekat rezeki dia tp dah ramai org yg terkena dgn dia dan saya juga pernah terkena dgn dia jd cam mana saya tak marah. Saya tak nak ada org baru dlm dunia arnab ni terkena sama. Saya bukan nak mereka2 cerita. U sendiri blh baca apa yg dirintih oleh mangsa2 Sean tu tulis dalam blog SHAMZA AGRO - shamzaagroproduct.blogspot.com/. Mangsa yg terbaru ialah pd 7 nov 2010 bernama AZLIE. Sean juga seorang penipu dan suka berckp bohong. Bila pembeli tanya arnab tu dr mana, dia akan ckp ambil dr pengedar kl pada hal semua arnab tu dr siam. Di situ pun kita blh nilai seseorang tu. Nak cr rezeki dgn cara berckp bohong. Saya nak tanya Lee, buat masa ni ada brp ekor yg masih dlm simpanan u. I rasa semua arnab tu u dah jual kat org dan u tak tahu apa yg terjadi kat rabbit tu selepas dijual.

    Mintak u baca kat JOM BORAK dlm blog Shamza tu. TQ

    ReplyDelete
  3. Hairan betul lah...mengaku nama Lee dari Melaka....tapi tak sedar "Nora said"....Nora tu cina ke melayu...atau dia mengaku cina...terus jd "Lee'...

    Setahu saya...Nora Che Seman nie isteri kepada Sean @ Allen, Hj...kat mudah.my

    ReplyDelete