Thursday, October 28, 2010

BERHATI-HATI BILA MEMBELI ARNAB.

Jangan kita terpedaya dengan harga murah  yg ditawarkan apabila membeli arnab. Mesti ada sebab mengapa arnab tersebut dijual dgn harga yg murah. Antaranya :-

1- Arnab yg telah dimandulkan
- Boleh dikatakan hampir 50% arnab dari siam telah dimandulkan bg mengelakkan kita melakukan pembiakan ditempat kita dgn alasan akan merosakan serta menjejaskan penjualan arnab mereka . INI YG KITA TIDAK MAHU.

2.- Anak Arnab Yg Dijual Belum Cerai Susu.
- Anak arnab yg belum Cerai Susu tp nyatakan sudah berumur 2 bln atau lebih. Anak arnab ini dijual bg mendapat pulangan modal dgn cpt. INI YG KITA TIDAK MAHU.

3- Bagi Mengurangkan Bilangan Arnab Dalam Sangkar.
- Pemilik terpaksa menjual arnab mereka bagi mengurangkan bilangan arnab yg bertambah serta mengurangkan kos makanan. INI YG KITA CARI.

4- Tidak Ada Masa Utk Menjaga.
- Tuan punya arnab tidak ada masa untuk menjaga arnab mereka atas sebab2 tertentu. INI YG KITA CARI

5- Persaingan Antara Penternak.
- Persaingan antara penternak arnab bg mempercepatkan hasil jualan mereka. Ini hanya berlaku pada penternak yg menternak arnab secara komersil seperti penternak arnab pedaging. INI YG KITA CARI


Perkara yg paling penting semasa hendak membeli arnab ialah pastikan sebab no 1 dan 2 dielakkan. Pastikan betul2 serta dapatkan maklumat dr penjual tentang status arnab tersebut. atau bertanya kabar dgn rakan2 senior berkaitan latar belakang penjual tersebut mendapatkan bekalan arnabnya. Perkara ini dapat mengelakkan diri kita dr tertipu dgn harga murah yg ditawarkan.


Logo   
SEANS PET GALLERY ] - mudah.my
- SALAH SATU PENJUAL ARNAB YG MENDAPATKAN BEKALAN ARNAB DARI SIAM.SERTA MENJUAL ANAK ARNAB YG BELUM CERAI SUSU. -ELAKKAN DR MEMBELI ARNAB DR BELIAU.

Friday, October 22, 2010

SEANS ZACHARY - PEROSAK HARGA ARNAB DI PASARAN.

SEANS ZACHARY - PEROSAK HARGA ARNAB DI PASARAN.
Saya merupakan penternak arnab kecil-kecilan bg arnab pet dan juga pedaging. Apa yg saya ingin luahkan di sini ialah rasa tidak puas hati dengan tindakan sesetangah individu yg meletak harga arnab yg terlalu rendah dan di luar kemampuan segelintir penternak kecil di Malaysia. Kesan dr tindakan individu ini memberi bencana kepada sebilangan penternak kecil seperti saya yg mencari makan dan membesarkan anak2 dgn hasil jualan arnab semata2. Walau pun menternak secara kecil-kecilan tp kos permulaan utk menternak arnab ni agak besar juga. Untuk permulaan saya mengeluarkan modal hampir rm50,000 bg menyiapkan bangsal , sangkar serta membeli induk bg pets dan juga pedaging. Berita terbaru yg hangat diceritakan skg dikalangan penternak serta penjual arnab ialah tindakan seorang penjual arnab dr salor kelantan ( SEANS ZACHARY ).

Dulu dia hanya menjual arnab pets dgn harga yg jauh lebih murah dr harga pasaran. Tp kebelakangan ini beliau menjual pula arnab pedaging dengan harga yg terlalu rendah dan tidak dpt diterima akal serta di luar kemampuan kami sebagai penternak. Harga yg ditawarkan dalam MUDAH.COM seperti berikut RM 40 untuk pedaging umur 4 bln. Bagi kami kos makan untuk seekor arnab dr umur 3 minggu - 4 bln pun dah lebih dr rm40. Jd saya tidak blh gambarkan bagaimana dia blh tawarkan arnab pedaging 4 bln dgn harga tersebut. Setahu saya dia tidak membela arnab. dia hanya mengambil dan terus menjual kpd org ramai. dan semua arnab beliau di ambil dr siam. Tentang arnab pedaging pula saya x tahu dr mana dia dpt, mungkin juga dr siam. Tetapi tindakan pentingkan diri sendiri beliau memberi tamparan yg hebat kpd kami sbg penternak kecil. Saya rasa tidak ada mana2 penternak di Malaysia pun yg mampu menawarkan harga pedaging spt dia. Saya tidak pasti apa motif sebenar dia berbuat demikian. jika dilihat pd foto arnab yg ada dlm MUDAH tu, bukan foto yg diambil dr ladang di malaysia tp foto dr luar malaysia. Saya cuba hubungi dia untuk bertanya kabar pasal masalah harga ni tp tidak dpt dihubungi.

Jd saya berharap kepada mana2 pihak yg pernah berurusan dgn dia dapat menasihati dia agar jgn pentingkan diri sendiri serta fikirkan juga kesan kepada org lain yg lebih serius dlm penternakan arnab ni terutama kepada kaum bumiputera....